Assalamulaikum & Happy Sunday!
Jangan risau, sekarang saya sudah tonyoh gigi sampai putih. Tapi tak putih - putih pun, sebab doktor kata gigi saya memang asal color kuning sket. Dah cuci muka, makan dan telan ubat - ubat yang sepatutnya.
Maher Zain, nama yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia selepas kemunculan beliau di Kuala Lumpur. Sampaikan ramai kaum wanita yang tergila - gilakan beliau. Maher Zain pernah berkata Malaysia adalah rumah kedua beliau selepas negara kelahiran sendiri. Disebabkan ramai peminat Malaysia yang meminati lagu - lagunya, beliau juga berkata akan mengeluarkan lagu single yang meletop - letop mengalahkan bom, meriam buluh dan mercun - mercun yang selalu kita main time raya dalam versi Bahasa Melayu. Jika kita layari Youtube sekarang, ramai yang dah post cover video diorang pasal lagu ni. Siap ada dalam Bahasa Melayu.
Akan tetapi, haaa... ada tetapi tuuu... Kali ni saya kongsikan lagu hits beliau yang berjudul Inshaallah dalam Versi Bahasa Melayu dan dinyanyikan sendiri oleh beliau. Walaupun ada sket - sket kesalahan sebutan, tapi tak dengar ketara sangat. Dengar citer, lagu ini belum lagi dikeluarkan di stesyen - stesyen radio kita dan juga dijual. Kira kita nih antara VIP yang dijemput untuk saksikan tayangan perdana laa... Apa lagi, klik Play kat video di bawah untuk dengar. Kredit pada profnabil91 untuk video nih.
Dapat Banyak Retweet, Tidak Semestinya Banyak Trafik
15 beberapa jam yang lalu

