Berartikel pasal Jepun, teringat pula pasal artis J-Pop Jepun nih. Dulu rojakstyle pernah janji nak wat topik pasal artis nih. Tapi terlalu sibuk dengan urusan kerja nih, dah terlupa pula. Sekarang baru nak cerita.

Bila baca tajuk tentang artis ni di okbeb.com, "Sejuk di Malaysia, Panas di Jepun", ternyata memang betul ayat tu. Artis ni walaupun mengetop di Jepun, tapi di Malaysia tak pula ramai orang kenal beliau. Beliau yang dimaksudkan bernama Aizdean.

*Property of 825.fm blog
Muhammad Aizuddin Anwar atau Aizdean merupakan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Electro-Communication, Tokyo telah berjaya menambat hati peminat - peminat Jepun dengan single pertama beliau berjudul 'I Need You Baby' sehingga mencecah ke 30,000 muat turun. Tulis banyak pun tak guna, korang tengok la sendiri temubual Majalah 3 bersama Aizdean.







Video di bawah ni merupakan single terbaru beliau yang dikeluarkan pada bulan Julai 2010, Show Me The Glory yang menjadi lagu tema permainan video Xbox 360 iaitu ZIRIA : Far East of Eden (Premium Edition)



RojakStyle harapkan Aizdean akan berjaya mengejar cita - cita beliau. Insyallah!

Leave a Reply