Ini merupakan highlight kepada Belanjawan 2012 yang sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang.
- 04:17 PM
- Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.
- RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
- 04:23 PM
- Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bilion utk tahun 2012 & 2013.
- 04:24 PM
- Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau
- 04:25 PM
- RM18 bilion drpd RM20 billon Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2 bilion utk usahawan Bumiputra.
- 04:26 PM
- Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.
- 04:27 PM
- Pusat Pengurusan Perbendaharaan akan ditubuhkan & menawarkan insentif utk bangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan berdaya saing.
- Kerajaan akan membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.
- 04:30 PM
- Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.
- 04:32 PM
- Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
- 04:33 PM
- Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2 bilion akan ditubuhkan padd 2012 & dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih.
- 04:36 PM
- Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
- 04:40 PM
- Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.
- 04:46 PM
- Sektor pendidikan akan diberikan RM50.2 bilion utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
- 04:47 PM
- Sebuah tabung khas RM1 bilion akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.
- 04:48 PM
- Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
- Sekolah swasta yang berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.
- 05:00 PM
- RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.
- 05:04 PM
- 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
- 05:05 PM
- Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
- Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 & gred 48 pada tahun ke-16.
- 05:07 PM
- Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
- 05:12 PM
- Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
- 05:24 PM
- Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
- 05:28 PM
- Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
- 05:31 PM
- Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan menambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Malaysia.
- 05:37 PM
- Bagi membantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.
- 05:39 PM
- Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
- 05:43 PM
- Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
- 05:49 PM
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
- 05:52 PM
- Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk bantu 4 juta penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko.
- 05:53 PM
- Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
- 05:56 PM
- Baucar pembelian buku berjumlah RM 200 akan diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang belajar di institusi pengajian tinggi awam, swasta, matrikulasi dan tingkatan enam.
- 05:57 PM
- Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara kerajaan.
- 05:58 PM
- Pencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat Haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM1,300.

