Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tahukah anda, semalam (4 Oktober) berlangsungnya acara Let's Talk iPhone di Cupertino, California. Tempat terletaknya ibu pejabat Apple Inc. Kota suburban itu menyaksikan CEO baru Apple, Tim Cook mempersembahkan buat pertama kalinya selepas Steve Jobs meletakkan jawatan pada 24 Ogos lalu.
Acara yang bermula pada jam 10.00 pagi itu bermula dengan 'flashback' lakaran sejarah oleh syarikat terkemuka dunia itu. Dengan waktu Malaysia menunjukkan jam 1.00 pagi, ramai rakyat Malaysia yang terlepas acara ini.
Di dalam Let's Talk iPhone, Tim membebel mengenai :
- Mac OS X Lion
- Macbook Air
- iCloud
- iOS 5
- Siri
- iPhone 4GS
- Banyak lagi...
Sebelum ini, kita lihat banyak khabar angin mengenai iPhone 5, ternyata ianya belum sampai masa lagi. Sebaliknya Apple memutuskan untuk mengeluarkan iPhone 4GS dahulu. RS ringkaskan, berikut merupakan spesifikasi iPhone 4GS ini.
- Ada 2 warna
- Kapasiti - 16GB, 32GB, 64GB
- World Phone (maksudnya seluruh rangkaian di dunia boleh digunakan)
- UMTS/HSDPA/HSUPA (850, 900, 1900, 2100 MHz)
- GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
- CDMA EV-DO Rev. A (800, 1900 MHz)
- Wireless 802.11b/g/n
- Gigi biru (Bluetooth) 4.0
- Asisted GPS
- Kompas Digital
- Skrin Multi-Sentuh 3.5 inci
- Resolusi 960 x 640 (paling besar dalam smartphone)
- Kamera belakang 8 megapixel
- Auto focus, Tap to focus, Face Detection, Flash LED
- Rakaman video HD (1080p) 30fps
- Penstabilan Video
- Geotagging
- Kamera hadapan - VGA sahaja.
- Sensor
- Three-axis gyro
- Accelerometer
- Proximity sensor
- Ambient light sensor
Pre-Order iPhone 4GS ini akan bermula pada 7 Oktober dan akan dipasarkan di 7 buah negara iaitu Amerika, Kanada, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Jepun.
Pasaran ini akan dikembangkan ke 22 buah negara pada 28 Oktober. Negara - negara tersebut adalah
Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Mexico, Netherlands, Norway, Singapura, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.
Nampaknya Malaysia masih tidak tersenarai di antara negara - negara tersebut walaupun Bahasa Melayu dimuatkan di dalam iPhone terbaru ini.
SIRI
iPhone ini juga dilengkapi dengan aplikasi Siri. Sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna menyuruh telefon melakukan apa yang diperlu. Sebagai contoh, untuk melihat cuaca pada sesuatu tempat, pengguna hanya perlu bertanya "Bagaimanakah cuaca pada hari ini?" (of course in English laa). Aplikasi ini akan berinteraksi dengan memaparkan cuaca pada masa itu.
Aplikasi ini juga akan mempelajari setiap input suara yang digunakan oleh pengguna. Sehinggakan pengguna cuma perlu menyatakan ingin menelefon isteri/kekasih pada jam tertentu dan aplikasi tersebut akan mengingatkan pengguna untuk menelefon isteri/kekasih mereka. Yang paling best, nama isteri/kekasih pengguna akan dipaparkan pada skrin walaupun anda tidak menyebut nama mereka. Tapi kalau untuk isteri - isteri/kekasih - kekasih RS tak pasti la pulak boleh guna ke tak. :)
Buat masa sekarang, aplikasi ini masih dalam peringkat Beta dan hanya tiga bahasa yang difahami iaitu Inggeris (US, UK dan Australia), Perancis dan Jerman. Tapi, pastinya aplikasi ini memerlukan sambungan ke internet.
iCloud
Ianya merupakan simpanan di atas talian. iCloud berfungsi menyimpan data seperti muzik, gambar, dokumen, nombor telefon dan pelbagai lagi di internet. Jadi pengguna boleh mengambil maklumat tersebut pada bila - bila masa.
Sedikit Kekurangan
Bagi RS, iOS masih lagi mempunyai kekurangan. Nak tahu apa dia? Haaa... Untuk pengetahuan, iOS tidak membenarkan pengguna memindahkan data dari iPhone ke telefon yang lain walaupun telefon tersebut iPhone. Jadi, pada sesiapa yang suka Bluetooth mp3 @ software, korang memang tak akan suka iOS nih. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pengguna iPhone 4G mengatakan mereka dapat memindahkan data melalui Bluetooth tetapi semestinya bukan mp3 dan aplikasi.
Kebanyakan siri iPhone & iPad juga menggunakan MicroSIM. MicroSIM adalah simkad biasa tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Jadi jika anda menggunakan iPhone, SIM tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam telefon pintar yang lain selain Apple. Pada yang ingin mendapakan MicroSIM, anda boleh mendapatkannya di Maxis secara percuma. Pada pengguna Celcom dan Digi, RS sendiri pun tak pasti percuma ker berbayar. Kalau anda ingin menggunakannya juga, tapi nak yang free, boleh cuba tutorial ini >> http://www.iworld.com.my.
Malaysia tidak termasuk di dalam pasaran iPhone buat masa ini.
Cerita Best
"Apa yang best nyer Cik Jah oooiii..." Hah! Tuh dia suara Cik Senah sebelah rumah kat kampung.
Dalam pengumuman yang dibuat, Apple juga telah memperkenalkan iPhone 4G bersaiz 8GB dengan harga yang lebih murah. 99USD dengan kontrak sementara iPhone 3GS 8GB pula percuma dengan kontrak. Ini bermakna anda tidak perlu membayar harga iPhone 3GS. Cuma bayar plan dari penyedia rangkaian sahaja.
iMessage pula membenarkan pengguna iPhone menghantar SMS ke pengguna iPhone, iPad & iPod Touch yang lain. Lebih kurang macam Blackberry Messenger la nih.
Bila Nak Masuk Malaysia
Entah. Haha... RS dah tanya di iWorld. iWorld sudah tidak ambil tempahan untuk iPhone 4G. Sekarang mereka sedang menyiapkan diri untuk tempahan iPhone 4GS ini. Huhu... Kempunan RS nak sambar iPhone 4G 8GB tuh.Ye la... RS bukannya kaya pun nak guna telefon nih.
Kalau korang nak tengok & baca lebih lagi,
Laman Web iPhone 4GS.
Gambar semasa acara.
Video rasmi dari Apple. (Korang perlu ada Quicktime)
Ok... RS pun terasa gak nak pakai telefon nih sebenarnya. Tapi tuh semua nafsu. Sabar... RS! Sabar...