Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tadi RS bagitau pasal Swype, sekarang pasal Search pula. Korang pun tau yang Nokia sekarang nih banyak kekurangan berbanding dahulu. Umpamanya fungsi carian setempat. Kalau korang tengok dalam Android mesti ada fungsi carian pada homescreen. Macam tu juga dengan iOS oleh Apple. Nak cari, Slide jer ke kiri. Lepas tuh boleh cari.
Nokia pula tak dilengkapi dengan fungsi tu pada homescreen walaupun fungsi carian tu wujud di dalam folder application. Ini RS bagitau pada yang guna Nokia skrin sentuh. Jangan pula korang pegi cari fungsi tuh pada telefon 3310. Walaupun 3310 nih tahan lasak, tapi fungsi carian memang tak disertakan bersama.
Nokia melalui Makmal Beta Nokia memperkenalkan aplikasi Search. Sebuah aplikasi carian setempat. Pengguna boleh mencari maklumat yang terkandung dalam telefon tersebut termasuk aplikasi, muzik, gambar, nama, nombor telefon dan juga SMS. Ia akan memudahkan pengguna tanpa perlu masuk ke setiap menu untuk mencari.
![]() |
| **Fungsi carian yang dipasang pada Symbian Anna |
Haaa... Sekarang sudah jam 6 lebih. RS nak pegi melantak dulu. Nak isi perut sementara tunggu makan malam. Selamat mencuba... Korang boleh masuk ke Makmal Beta Nokia jika nak cuba pada telefon korang. Tapi, ingat!!! Sebarang masalah yang berlaku adalah menjadi tanggungan korang sendiri.
RS nasihatkan, sebelum korang cuba sesuatu pada telefon Symbian, belajar dulu bagaimana untuk memasang kembali sistem operasi jika ia gagal berfungsi.



