Swype merupakan sebuah aplikasi yang dipasang pada telefon pintar berskrin sentuh sebagai salah satu kaedah dalam menaip perkataan. Swype membenarkan pengguna menaip perkataan dengan 'sliding' jari dari satu ke satu huruf.

Tidak seperti biasa, pengguna menaip dengan menyentuh setiap satu huruf hingga menjadi perkataan, Swype pula mempunyai senarai perkataan dalam pangkalan datanya bagi mengesan perkataan apa yang ditaip oleh pengguna melalui semua huruf yang disentuh pada skrin. Ianya menjimatkan masa pengguna bagi menaip sesuatu ayat. Tapi, mestilah ayat tersebut seperti karangan yang panjang. Walaupun begitu, Swype juga membenarkan pengguna menambah perkataan - perkataan baru yang tidak terdapat dalam pangkalan datanya.

Jika kita lihat, satu SMS hanya mengandungi 160 karakter sahaja. Jadi, pengguna perlu memantau jumlah karakter bagi menjimatkan kredit dan juga bil telefon. Ini kerana apabila korang menggunakan Swype, korang bagaikan teruja dengan reaksi yang diberikan oleh aplikasi ini. Boleh dikatakan 90% perkataan yang ditekanya adalah tepat.

Dimana Swype?

Dimana kita boleh jumpa Swype??? Korang jangan la pulak cari di pasar malam, masjid, kedai Mak Ngah Leha atau mana - mana stesyen bas. Memang tak akan jumpa punya. Swype nih cuma terdapat dalam telefon pintar berskrin sentuh sahaja. Aisey! Ingat nak formal sikit, tapi sekejap je boleh tahan....

Swype menyokong sistem operasi seperti Android, Meego, Symbian, Bada dan juga Windows Mobile. Terdapat telefon pintar yang telah disertakan dengan Swype nih. Selalunya ada pada sistem operasi Andoid. Tapi jika korang tak ada Swype dalam telefon, korang boleh install sendiri.

Sehingga sekarang, hanya dua sistem operasi yang ditawarkan oleh Swype di dalam website mereka iaitu untuk Android dan juga Symbian. RS sendiri menggunakan Swype dalam telefon, sebabnya RS tak suka interface keyboard Symbian yang tak mesra pengguna. Nak taip mesej pun susah. Jadi, RS install Swype beta dari Makmal Beta Nokia. Yang bestnya, Swype nih sokong Bahasa Melayu juga. Tapi korang perlu download kamus Bahasa Melayu laaa..

Kalau korang nak download dari web Swype, korang gerakkan anak panah korang dan klik sebelah kiri pada ayat nih.

Ok! RS dah cari Swype untuk Windows Mobile, memang ada, tapi ramai yang komen Swype tak boleh guna dalam telefon mereka. Jadi korang yang guna Windows Mobile, boleh cuba SlideIT. Tapi tak ada Bahasa Melayu laaa...

Korang tahu tak? Mesti tak tahu kan... Dah RS tak bagitau lagi... Macam mana nak tahu... Swype nih penah dapat anugerah Guinness World Record kerana kecepatannya dalam membentuk 25 perkataan dalam masa 25.94 saat sahaja. Wah, tak sampai pun 30 saat untuk taip 160 karakter.

OK. Cukup la setakat nih. RS nak buat satu lagi post pasal Search dalam Symbian.

, , , ,

Leave a Reply